Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, December 23, 2007

Ceria, Cergas, Cerdas




Inilah pertama kali semua malaysian ladies dapat berkumpul di dalam satu akviviti muslimah. termasuklah suri rumah, student dan yang bekerja. Kalau dikira.. semua ada gak dalam 40 orang wanita Malaysia..ramai jugak tu.Aktiviti ini sebenarnya anjuran Persatuan pelajar perempuan Malaysia (Lajnah HEWI) kat sini. Bagus di atas inisiatif mereka ini. Sekurang-kurangnya dengan adanya kegiatan seumpama ini, dapat gak kenal satu sama lain.Tema mereka...Ceria Harmoni..memang satu hari tu ceria abis..riuh rendah suara2 perempuan kedengaran, abis keluar suara..hehehe


Satu hari kami berkumpul seawal 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Macam2 acara diadakan..bermula dengan bacaan quran, kemudian sajak..ceramahlah, pelbagai permainan indoor, bernasyid dan lakunan. Nampaklah bakat-bakat terpendam mulismah Malaysia yang selama ini terkenal dengan ceria..cergas dan cerdas. bertepatan sungguh tema kali ini. Di akhir majlis ini, diserikan pula dengan cabutan bertuah, tukar-tukar hadiah sesama tetamu dan dapat hadiah dari pertandingan yang diadakan. Memang seronok skali dan berharap agar lepas ini adalah aktiviti-aktiviti yang lain pula menyusul sbbnya dah lama tak beriadah sihat macam ni!!

Saturday, December 22, 2007

Hari Raya Aidil Adha

Salam Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Kami disini menyambutnya pada hari Rabu, 19hb Dis 2007, sehari awal dari Malaysia. Pelbagai aktiviti hari raya di sini :

1st Raya : Kami telah dijemput ke majlis sambutan hari raya anjuran Persatuan pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) di sini. Setiap tahun memang merekalah yang pelopori membuat majlis sambutan hari raya itu dan membantu melakukan ibadat korban. Program tahun ini bermula seawal 6.00 pagi berkumpul, bertakbir dan bersembahyang berjemaah. Faktor cuaca yang begitu sejuk menusuk ke tulang dan tiada pengangkutan awam di pagi raya, bukanlah menjadi batu penghalang untuk semua Malaysia khususnya pelajar2 turut serta hadir memeriahkan majlis ini. Ku melihat cukup ramai umat Malaysia dengan muka2 baru dan lama sehingga terasa suasana seperti berada di perkampungan Malaysia !!. Setelah solat raya, sedikit jamuan minum pagi disediakan sebelum upacara korban dimulakan. Sebanyak 5 ekor lembu dan 1 ekor kambing telah dikorbankan. Para2 lelaki sibuk melapah daging, memasak dan mengagih2kan daging tersebut. Chef masakan pada hari tu tak lain tak bukan adalah pelajar2 lelaki. Mereka memang 'terror' memasak dan diakui sedap. Menu masakan hari itu adalah nasi putih, sup daging, kari daging, hati dan jantung masak kicap. Sebelum pulang, kami turut mendapat sedikit daging korban...terima kasih semua. Kemanisan dan keenakkan daging korban ini memang tidak disangkal lagi. Inilah nikmat yang Allah berikan kepada ibadah korban

2nd Raya : Kami buat majlis kecil makan tengahari di rumah. Ini sebenarnya sebagai ganti open house raya aidil fitri kami yang lepas tertangguh disebabkan berita kecemasan yang kami terima dan memaksa kami untuk pulang ke Malaysia. Para jemputan kami sekadar ahli2 keluarga staf suami dan beberapa kenalan. Antara hidangan menu yang ku masak :
  • Nasi minyak hujan panas
  • Rendang ayam
  • Dalca kambing
  • Daging masak tomato
  • Acar dan keropok
  • Nasi himpit
  • Ketupat palas
  • Kuah kacang
  • Strawberry Cheese cake
  • Biskut2 raya

(terlupa nak ambik gambar semua2 masakan tu..sorry yeak.)

Setelah selesai majlis kami dan belum pun habis mengemas, di sebelah petang pula, kami mendapat jemputan raya lagi. Kali ini datangnya dari pensyarah2 Malaysia di sini. Kesemua mereka tinggal di satu kuarters bangunan apartmen 4 tingkat yang disediakan oleh pihak Universiti. Sebenarnya mereka turut buat ibadat korban sesama mereka dimana 5 ekor kambing telah dikorbankan. Menu petang dihidangkan :

  • Nasi putih
  • Satay kambing
  • Kuah Kacang
  • Hirisan daging bakar
  • Daging kicap
  • Daging masak merah

Apabila berkumpul, macam2 cerita dikongsi dan bergurau senda bersama walaupun jarang2 berjumpa namun kami cukup mesra !! begitu ukhwah ikatan rakyat Malaysia di luar..jumpa orang kampung lah katakan..hehehe

3rd Raya : Kami dijemput beraya ke rumah Uncle Muhd Noor, PA embassy yang baru bertukar dari Geneva, Switzerland ke Yaman. Memandangkan beliau sekeluarga baru 2 bulan sampai di sini, ini kiranya 2 in 1 , house warming dan raya sekali.. Cantik dekorasi hiasan rumahnya yang dipenuhi kaca2 kristal,pasu2 elegan dan mahal. Mana tetamu yang ada anak2 kecil perlu mengawalnya agar tidak terlanggar dan memecahkan barangan tersebut. Memang enak semua hidangan.. orang berpengalaman memasak lah katakan:

  • Nasi tomato
  • Ayam masak merah
  • Dalca
  • Acar buah
  • asam laksa
  • kuih-muih