Dah beberapa hari ni kami asyik berulang alik ke beberapa klinik gigi. Niat nak buat rawatan gigi memang dah tersimpan lama tapi masalahnya di sini nak mencari klinik gigi yang sesuai dan bersih terjamin memang susah betul kat sini. Akhirnya jumpa lah satu klinik yang diberi nama 'IDEAL CLINIC'.Mula-mula pergi klinik tu kiranya ala2 'wazir' melawat sekitar klinik, tengok apa kemudahan peralatan (moden ke lama) dan jenis perkhidmatan dan tanya soalan2 bla..bla..bla..
So dah confiden.. kami pun buatlah rawatan. Suamiku memilih nak buat bracelet gigi. ..sejenis peralatan besi kecil yang dilekatkan pada gigi untuk membetulkan kedudukan gigi supaya menjadi teratur. Ku ingat mudah prosedurnya nak pasang tapi agak rumit juga..Beberapa susulan appointment' kena buat..memula check gigi...masa check gigi tu, dr bagi tau suamiku hampir nak kena penyakit gingivitis (penyakit gusi)..nasib baiklah cepat datang buat rawatan. Langkah seterusnya kena buat 'cleaning', cabut 1-2 gigi penghalang, pasang pendakap atas gigi2 dan baru pasang dawai atas pendakap gigi (temporarily)...masa pasang dawai tu dan gigi2 ditarik..adoiiiii sakit dan sengal juga suamiku cakap. Lepas 3 minggu nanti kena datang balik untuk prosedur seterusnya..so sekarang ni dr tak bagi makan keras-keras dan liat-liat..kalu nak makan juga, kena jadikan cebisan kecil2 dan kunyah perlahan-lahan..sure leceh kan !! jadi nak mudahkan keje isteri dia..suamiku nak makan bubur aje jawapnya..senang keje aku..lalalalala..
Ku pulak..dah alang2 tu ambil kesempatan gak check gigi dan buat cleaning. Masa check gigi tu, Dr kata ada gigi geraham sebelah kanan ada berlubang sikit..jadi kena tampal (Filling). Dah selesai tampal, esoknya buat 'cleaning' gigi..Selalu orang terkeliru dan cakap 'cleaning' gigi tu putihkan gigi...sebenarnya bukan putihkan gigi..tapi bersihkan gigi dari karies2 dan plak2 putih yang terlekat kat celah2 gigi tu. Bila bendasing2 tu dah takde..so tu yang nampak gigi cam putih bersih dr bendasing tu. Kalau nak praktikan..lepas berus gigi guna floss ke atau mouth wash nak buang bendasing2 yang terselit tu. Inginkan gusi yang sihat plak..boleh guna gel gusi yang terdapat jual di farmasi2.
Sekarang nih gigi dah zero '0' bendasing tu..gusi gigi pun sihat dan chantek warna 'pink', baru boleh buat putihkan gigi iaitu 'bleaching' atau 'whitening'. Insyallah appointmentku hari khamis ni untuk whitening.
Dari segi kos secara keseluruhan..emm agak mahal juga..tapi ada kos lebih murah dari kos klinik swasta di Malaysia.
- Registration - RM 40 - 60
- Bracelet - USD 2,000 (umur meningkat lagi mahal)
- Cleaning (cuci) - RM 200
- Filling (tampal) - RM 200 (silver colour)
- Bleaching/whitening - USD 300
- Extraction - RM 80
Tapi bagi penduduk yaman sebenarnya, negara ketiga dan antara termiskin didunia, mereka merasakan bahawa kos rawatan pergigian memang mahal sekali dan ada antaranya tidak berkemampuan langsung membuat sebarang rawatan. Tiada bantuan kerajaan yang ada di negara ini seperti negara kita.
Kita sepatutnya rasa bersyukur dan rasa bertuah menjadi rakyat negara Malaysia. Kerajaan kita banyak menghulurkan bantuan di klinik-klinik gigi kerajaan kerana caj rawatan terlalu dan teramat murah. Kadangkala kami berasa harganya tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan tetapi itu kerajaan Malaysia yang sememangnya mahu berbakti kepada masyarakat. Bayangkanlah harga cucian gigi hanyalah RM 2 di klinik kerajaan..tetapi masa yang di ambil untuk mencuci gigi yang banyak karang gigi memakan masa sejam lebih. Kadangkala sebab itulah doktor-doktor di klinik kerajaan menyuruh orang ramai membuat temujanji atau pergi buat rawatan di klinik swasta kerana masa yang di ambil agak lama dan terlalu ramai pesakit yang menunggu masa utk dirawat.
Oleh itu..Sayangilah gigi anda dan jagalah ia dengan baik. Kerana kos untuk merawat lagi mahal dari kos untuk mencegah..:)




0 comments:
Post a Comment