Jom beli 'ole-ole' Yaman untuk di bawa pulang. Di sini saya kelaskan kepada Top 5 'Sourvenir'Top 1 : Madu Yaman. Madu ini telah mendapat pengiktirafan sebagai madu yang terbaik (no.1 ) di dunia. Warnanya gelap, baunya yang agak lain daripada yang lain, dan rasanya turut berbeza. Madu ini lebih likat dan pekat, tidak seperti madu negara lain dan madu campuran. Madu Yaman tidak membuatkan tekak anda perit selepas memakannya seperti anda makan madu-madu yang lain. Ia juga lebih tahan lama dan rasanya tidak terlalu manis. Harganya pun agak mahal sepadan dengan standardnya itu.
Top 2 : 'Abaya'. Ia sejenis jubah wanita berwarna hitam Semangnya cukup popular ..ada pelbagai design baju yang kadangkala dipakai dengan selendang dan juga penutup muka dipanggil 'niqaf'. Abaya disini murah2 harganya berbanding tanah arab yang lain.

Top 3: 'Jambia'. Ianya dipakai oleh lelaki arab sebagai satu pelengkap pada pakaian traditional mereka jubah putih. Jambia ini di ikat pada talipinggang khas dan diselit padanya. Ia seolah seperti keris..Bagi tourist..mereka jadikan 'jambia' ini sebagai satu perhiasan rumah.

Top 4 : Barangan Perak. Yaman turut terkenal dengan barangan perak seperti barang2 perhiasan rumah dan aksesories wanita seperti rantai, gelang, cincin. Aksesories wanita ini boleh 'custom made' mengikut kemahuan kita. Bagi pengemar barangan antik inilah tempatnya. Bagi perak 'asli' akan ditimbang mengikut kadar berat.

Top 5 : Makanan seperti Kismis2, kurma, kekacang seperti walnut, pistachio, badam, gajus, dan bahan rempah2 masakan turut menjadi pilihan kerana harganya yang murah.
Ada sesiapa berminat nak pesan beli?? saya boleh tolong belikan..





3 comments:
Waaaa...tak dpt pi sana...dapaty tgk...dapat beli pun jadik lah...letak lah harga....tp janganlah - 'mark up' stail org niaga"(edza 2008)...
Minat Abaya.....jamba...dan kraf tuh...hu...hu...hu
satu lagik...ko biasa guna safron tak....apa rasa nyer yerk....
safron : slalu guna kalau nak buat nasi beriani/nasi minyak/nasi berwarna..dia tak de rasa apa2 kira menchantekkan warna nasi tu..sini byk jual..yang kering(mcm misai kucing) dan serbuk
sourvenir : dun worry..no mark-up2 rega tu..kwn2 punya pasal.kalu minat
Abaya : dari Rm40 - RM1000
Jambiya : dari RM80 - RM 4 Juta
Kraf : dari RM15 - ke atas
*Abaya tu tlg bagi ukuran labuh lengan n labuh kain ok.
Post a Comment