Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, April 22, 2008

Parabola satelit

Besar betul satelit nih !!
Di sini kami berkesempatan memasang pemancar/parabola satelit TV. Tiada sekatan dan bayaran bulanan macam 'astro' dikenakan. Cuma masing2 kena beli sendiri set parabola dan dekoder kemudian pasang. Kalau nak harap rancangan tempatan TV Yaman..alahai sedih tengok cuma satu 'channel' dan kurang menarik. Dengan melalui parabola ini, ianya dapat menyalurkan hampir 1000 'channel' dari pelbagai pelusuk dunia. Dari 'channel' yang pelbagai dan tidak faham 'language'nya sehingga 'channel SX' yang tiada tapisan langsung. Kalau yang rajin boleh 'search' dan update senarai pastinya akan keluar 'channel'2 baru bagi menambah senarai yang ada. Walaupun banyak sangat, tapi yang biasa2 tengok hanya beberapa kerat saja channel boleh dibilang cam MBC Action, MBC2, MB4, ONE, Infiniti TV, INTV, Fatafeat and etc. stesyen TV yang menayangkan channel2 tu based di Dubai. Kekadang tu citer2 lama 70an, 80an, 90an masih lagi ditayangkan..kalau movie2 baru pun cepatkan ditayangkan ..tak payah tunggu musim raya. Bagusnya kalau kita ada ter'missed' tengok movie, hari esoknya akan diulang tayang semula..Kalau citer2 movie yang 'language' selain english cam movie HINDI dan etc pulak..pasti translation 'subtitle' nya arab. Walau tak faham jalan citer diawalnya..di pertengahan ada faham skit tapi di akhir cerita pasti faham sebab ada 'translator' tidak bergaji sapa la kalau bukan suamiku..hahahaha..

Cuba teka...iklan apakah ini..hehehhe
Mana lokasinya..kami tempatkan parabola ini di atas bumbung rumah yang tidak beratap. Jangan terkejut tengok rumah2 arab di sini memang tak ada atap bumbung cam di Malaysia...hanya permukaan rata sahaja. Kawasan bumbung ini boleh buat macam2..ada orang jadikan tempat jemur kain, ber 'BBQ', bersantai, Sightseeing dan macam2. Kala di waktu malam naik ke atas bumbung ini, terasa berdiri dekat ingin mengapai bulan dan bintang. Ini kerana bandar Sana'a in terletak di atas kawasan pergunungan dan setinggi 7,200ft dari aras laut. Sememangnya cantik melihat bulan yang mengambang penuh.

Nampak tak besi2 teracak tu..emm menurut kata empunya tuan rumah ini ada 'future plan' nak tambahkan tingkat rumah lagi..emm yang sedia ada 2 floor + 1 basement pun dah semput turut naik..apatah lagi nak naik lagi..ya ampun..arab ni kaya betul.

0 comments: