Pernahkah uols teringat masa zaman kita kanak2 dulu suasana hidup di kampung atau bila balik kampung..sering suka ikut atok2 kita atau moyang2 kita ke kandang binatang peliharaannya seperti kambing ke, lembu ke atau mungkin yang lebih berkemampuan memelihara unta dan tengok mereka memerah susu binatang tersebut ke dalam basin plastik.
Kemudian selesai sudah susu itu di bawa balik dan nenek2 kita akan sibuk didapur memanaskan susu tersebut dan diberi kepada anak cucu-cicitnya di pagi hari...minum susu suam bersulam cekodok pisang atau jemput-jemput2 ikan bilis...terasa enak makan ramai-ramai waktu tu. Ada tu pulak sering juga nampak setiap pagi hari2 benggali si pengembala lalu bawakan susu2 segar ke rumah orang kampung yang ingin membelinya dengan menaiki motor cabuk yang di belakang tempat duduknya diletakkan tong kayu berisikan susu-susu segar. Bila lalu pasti hon motornya kedengaran..ala macam benggali jual roti tu !!..
Kenapa orang suka meminumnya sebab ianya segar, berkhasiat, berzat, bersih dan tiada bahan kimia..jadi kesannya sekarang, kita jarang kena serangan penyakit..sihat sentiasa, kuat dan cukup vitamin.
Berbalik pada proses memerah susu tadi, mungkin pandangan mata kita nampak senang kerja tu kan..tapi tak semudah A..B..C.. Kitapun dulu langsung tak terfikir nak mencubanya. Adakah disebabkan kita tak tahan dengan bau hamis binatang tersebut atau wujud perasaan geli nak mencubanya ataupun kedua2nya.
Masa pergi melawat ladang unta 2 tahun lepas di tengah padang pasir, aku ambil kesempatan belajar cara dan teknik memerah susu binatang yang betul dengan pak arab si pengembala unta ni. Banyak betul belaan unta2nya dan sihat2 belaka. Baik sungguh hati pak arab ni nak 'demo' kat aku teknik dan cara memerah susu yang betul.
Kena tahu teknik yang betul, kalau tidak kasihan unta tu..kaki unta tu akan terkinjal terangkat meronta2 ke belakang ..silap2 hari bulan boleh tertendang dan tersepak kita..mahu terpelanting ke belakang. Dan satu lagi satu petanda bila ada kedengaran suara bising dan bunyi dengusan keluar dari mulutnya...kalau kambing mengembek..lembu..mengemboooo..unta ?? nak panggil bunyi apa tu??
Jadinya Pak arab ni tunjukkan teknik memegang dan memerah susu unta ni yang betul. Memula sekali perlu memegang pangkal puting kelenjar susu dengan satu tangan yang melibatkan kelima2 jari. Jangan Genggam terlalu erat dan rasai kekenyalanya susu didalamnya dalam keadaan sedia. Kemudian menariknya ke bawah menginjap berulang kali sambil memerah sehingga ia mengeluarkan susu. Cuba tengok tangan aku memegangnya. Masa aku mencuba diawalnya, susu tak mahu keluar sebab teknikku salah ..ada ker aku mengepam tanpa menginjap ke bawah..patut laa..unta tu meronta semacam aja..nasib baik tak kena sepak.
Sebelum balik, kami turut meminta untuk membeli susu unta dari pak arab tu. Dia pun mengisi susu unta itu menggunakan 2 botol pastik air mineral bersaiz 750ml untuk kami bawa balik ke hotel sebagai bekalan. Sebotol air susu itu berharga RM5 sahaja ..cukup murah dan yang penting ia amat berkhasiatnya sekali..
Terima kasih wahai pak arab dan unta..jasamu akan ku kenang selalu .




0 comments:
Post a Comment