Minggu lepas kami ke Aden. (Where is Aden..read more !!
http://gebu36.fotopages.com/?entry=1262120 ). Kenapa kami ke sana..kerana ada pameran pendidikan Malaysia di buat di sana ..so my hubby wakil dari 'EOM' dijemput ikut sama mengiringi delegasi ini yang terdiri dari beberapa IPTA & IPTS , Kem Pengajian Tinggi dan Tourism Msia. Aku cuma tumpang sekaki ikut sibuk..tapi sibuk ala2 holiday laa..bercanda di tepian pantai..


Hampir 7 tahun pameran pendidikan telahpun di adakan di Yaman tetapi ianya di bandar Sana'a sahaja. Ini pertama kali pameran diadakan diluar Sana'a dan berlangsung selama 2 hari sahaja. Bak orang kata..nak 'test market'. Alhamdulilah hasil pelan pemasaran selama ini, sudah menarik hampir 3 ribu pelajar Yaman belajar di Malaysia. Mereka kagum dan percaya dengan dengan sistem pendidikan negara kita. Dan juga mungkin kesan dari tragedi 11 Sept yang memaksa mereka mengalih arah dan mencari alternatif lain ke negara2 Asia. Sehari sebelum pameran itu, group ini (termasuk aku join) turut melawat ke sekolah, pejabat Gabenor dan Universiti di Aden sebagai promosi. Masa melawat salah sebuah sekolah menengah iaitu 'private school'. Keadaan sekolahnya yang serba kekurangan...kemudahannya yang begitu asas sekali...tiada buku teks, library, makmal, pusat sumber, tandas yang kotor..etc..kalau melihat sekolah kerajaan pulanya..lagik menyedihkan !! tak sampai hati nak tunjuk gambar. Kita patut lebih bersyukur dengan sistem persekolahan Malaysia kita..itu pun masih ada mak bapak yang merungut dan tak puas hati.
.

bangunan sekolah

Pengetua sekolah
Ini pula bilik guru..


Dalam kelas..khusyuk
Di Yaman, sekolah untuk perempuan dan lelaki diasingkan..begitu juga di peringkat universiti, tidak ada sekolah campuran macam kita. kecuali 'International School'. Memandangkan kadar kemiskinan rakyatnya dan buta huruf tinggi telah memaksa kanak-kanak tidak bersekolah, ponteng dan terpaksa bekerja dan kadangkala meminta sedekah di jalanan kerana keluarga tidak berkemampuan langsung untuk menyara kos bayaran sekolah anak-anak mereka. Peluang belajar anak-anak ini hanya tinggal angan-angan sahaja..ianya harus dipadamkan dari kotak fikiran mereka.
Bagi yang sedikit mampu dan sedar ILMU itu begitu penting..walau pun dengan kedaifan keadaan sekolah, yang kadangkala ada satu kelas tu penuh sesak..tidak cukup bangku dan meja..duduk di atas lantai..tiada pintu dan tingkap..mereka hanya menutup mata sebelah dan tidak menganggap kekurangan itu sebagai satu kekangan..malah ianya tidak mematahkan semangat anak-anak Yaman untuk terus belajar, mengenali huruf..membaca, mengira dan mengubah serta membela nasib keluarga. Yaman patut berterima kasih pada negara2 prihatin dan penyumbang yang sedia membantu menyediakan bangunan sekolah dan memberi sedikit pembiayaan anak-anak Yaman yang cemerlang belajar di luar negara. Semoga satu hari nanti anak-anak ini akan beroleh kejayaan cemerlang dan berpeluang melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi dan mendapatkan pekerjaan dan membela nasib bangsanya...Insyallah !!
1 comments:
Tunjuk jer lah gamba tuh...sekurang2 nya kita tahu camna negara orang dan menjadik lebih bersyukur dgn apa yg ada di negara sendri
Post a Comment