Khamis 8/5/2008 - Ada International Charity Bazaar di sini. We all Malaysian ladies association pun join sama mengambil bahagian. Di Bazar ini biasanya akan mempunyai 2 bahagian iaitu booth menjual produk2 dan gerai makanan. Bazar anjuran HOMSA ini memang di adakan setiap tahun..cuma tahun ini bertukar tempat di Pusat Pameran Apollo memandangkan penyertaan yang lebih besar...Seawal 10.00 pagi sehingga 7.00 mlm. Penat tak terkata melayan kerenah dan ragam pelanggan.
Di bazar ini kami menjual barangan batik dan kraftangan 'Made in Malaysia'. Banyak barangan kami yang laris macam goreng pisang panas. Rata-rata pelbagai bangsa pelawat menyukai batik Malaysia yang berkualiti tu..Walaupun harga jualan kami 'mark up' stail org niaga tapi siapa yang membelinya pasti berbaloi... Bukan senang nak bawa masuk ke sini...jauh perjalanan 'by flight tu !!.. Siapa peminat batik dan kraf Malaysia..memang hari bazar ini di tunggu2 dan di nanti2 kan.. Sambil2 berjual tu, mempromote sekali tourism. Ala-ala sapa membeli dapat free beg plastik berisi special brochure tourism Malaysia. Sebahagian keuntungan jualan, kami sumbangkan derma pada persatuan HOMSA untuk diagihkan pada rumah2 anak yatim dan badan2 kebajikan Yaman yang amat memerlukan bantuan.
mari..marii..murah..murahh..
Jumaat- 9/5/08 - Persatuan pelajar Malaysia yaman (PERMAYA) menganjurkan minggu kesenian dan kebudayaan Malaysia. Malam itu ditontonkan kepada student negara luar yang ingin menyaksikan sedikit seni dan budaya Malaysia. Bermula dari dikir timur, sajak, nasyid, silat, lakonan dan pakaian beragam. Orang-orang Malaysia yang berada disini jua dijemput dan dipelawa memakai pakaian kebangsaan bagi menyokong usaha murni mereka ini. Terasa wujud suasana perkampungan Malaysia pulak di Yaman ini. Syabas diucapkan pada PERMAYA diatas semangat dan usaha2 seperti ini dapat di teruskan di masa hadapan.
Dikir timur
pertunjukan silat



0 comments:
Post a Comment