Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, June 1, 2008

Bollywood

Kami selamat pulang ke yemen pada 26hb jam 2.15 pagi. Mengantuk penat waktu tu tak usah cerita...mood jetlag dan penyakit 'M' masih terbawa2 lagi. Minggu ni dikira aku dalam proses pemulihan tenaga dan pemutihan kehangusan kulitku kembali dek kepanasan suhu sehingga mencecah 40C. ..puhhss. Gambar2 pun baru sahaja di pindah masuk ke PC. tak sedar asyik snap2 dan berposing2 ke sana kemari ..rupanya ada 700++ keping. Ponin kpala den nak pilih gambar masuk dlm blog ni. So apa kata kita layan dulu citer bollywood.
Semasa kami jalan2 melawat sekitar piramid, ada pulak orang bollywood buat rakaman filem tengah padang pasir. Hebat betul diorang ni. Nak nampak real ngan background piramid dan bukan super-imposed sanggup artis tu berjemur tengah panas..berlakon dan berlagak menari sebijik macam citer hindustan yang biasa kita tengok dalam movie tu. Patut la filem bollywood ni laris cam pisang goreng dan punya jutaan peminat di seluruh dunia termasuk korang kan..!! hehehhee..

Kebetulan pula hari sama aku balik tu, jam 10.30 pagi aku dijemput 'morning coffee' oleh kawanku orang pakistan ke rumahnya. kalau ikutkan tak mahu datang dek malu muka hitamku dan kepenatan tapi ku gagah kan juga sebab dah janji nak datang dan sampai sanggup dia tangguhkan majlis dari minggu sebelumnya tu sebab tunggu aku. Agaknya aura bollywood tu masih hangat, so hari tu ada demo dan belajar mendekorasi inai di tangan. Nampak seperti mudah tetapi sebenarnya memerlukan kreativiti dan idea kesukaan masing-masing. Lukislah apa2 pun yang penting sebelum memakai inai, kalau kulit kering perlu disapukan minyak/losyen untuk lembapkan kulit dan pastikan mata pena 'paste' inai itu runcing untuk mendapatkan kehalusan seninya.

Bagi orang pakistan mahu pun india, tradisi memakai inai ini ketika majlis perkahwinan. sehari sebelum tu diadakan majlis yang dikenali dengan nama 'Henna day'. Adakah kita mengikut budaya mereka ni??. Bila inai telah terhias pada tangan tu..nak menaikkan kecantikan tangan, perlu di tambah aksesori dengan memakai gelang tangan -it's bangle not bracelet..ok!!! Susah jugak nak masukkan gelang yang bersaiz sedang ke tangan yang besar ni. Perlu dilakukan secara sabar dan mengurut2 ruas ibu jari tangan perlahan2 masuk .Insyallah berjaya dan ianya tidak menyakitkan.

Nak keluarkan balik gelang tu..kena sabunkan kulit tangan kita..kalau tidak habis patah gelang2 tu nanti...sayangkan. Jomlah kita pakat2 'try test' pakai inai dan gelang2 ni..mana tahu sok2 ada malam gala bollywood kaa....melaram kita sumer malam tu nanti..

0 comments: