Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, July 2, 2008

Bumi Firaun I

Day 1 : Kami sampai di airport cairo seawal 6.30 pagi dengan pesawat Egypt air. Cuaca pagi itu cerah berangin dan terasa segar sekali. Setelah selesai urusan pihak imigresen mesir, kami telah disambut oleh local agent di airport. Kemudian kami dihantar terus ke hotel penginapan sebelum memulakan sessi lawatan. Bandar Cairo yang moden ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 20 juta. Sepanjang jalan dari airport akan melalui beberapa kawasan bandar cairo yang mempunyai bangunan yang moden dan juga lama. Tidak di lupa sungai nil yang merentangi dan memisahkan daerah2 di sekitar cairo. Perjalanan memakan masa selama 1 jam agak membosankan kerana keadaan traffic jam begitu teruk sekali di Bandar cairo.

Hotel kami terletak di daerah Giza. Hampir mendekati kawasan hotel, terpandang pyramid yang tersergam indah. Rupa-rupanya daerah Giza ini adalah kawasan yang dikelilingi oleh piramid2. Kami memilih untuk tinggal di Hotel Le Meridien. Ketika baru sampai di hotel dan menunggu urusan check-in, nasib baik ada bilik telah tersedia dan bolehlah kami terus masuk terus pagi itu. Rasa bertuah kerana bilik kami menghadap pyramid. Berehat seketika dan menyegarkan kembali badan, kami memulakan lawatan pertama seawal 9.00 pagi itu juga. Semua lawatan kami akan di iringi oleh Egyptologist...kiranya ahli archeologist.

Lawatan pertama kali sudah tentunya melawat beberapa piramid2 utama di giza. Kami melawat 3 pyramid iaitu pyramid cheops(Khufu, chefren(khafre) dan mycerinus(menkaure). Pyramid khufu adalah yang terbesar diantara 3 piramid dan telah menjadikannya salah satu 7 benda ajaib di dunia di mana ia dbina pada kurun ke-4, 2690 sebelum masihi. Ketika itu, kami masih rasa terkejut dan tidak percaya telah berada didepan pyramid. Kemudian kami melawat alabaster sphinx, yang terletak di depan pyramid chefren yang dijumpai pada 1912, carved from a single piece of stone. Ia adalah singa berkepalakan firaun. Firaun yang dipotretkan itu adalah firaun chepren. Di sebelah malam ada sound and light show performance di giza plateau ini. Memang best kalau dapat tengok show lampu2 tu dan jalan ceriteranya.

Setelah itu, kami dibawa melawat ke perfume factory. Al-kisahnya mesirlah sumber utama pembekal minyak wangi. Dari zaman firaun lagi telah digunakan wangi2an ini. Kalau nak tahu minyak wangi yang mahal n branded itu di export dari mesir dan mereka olah dengan tambahan alcohol n menjenamakan produk mereka. Di sini tempatnya kalau nak beli minyak wangi asli 100% tanpa alkohol. (to read more..tunggu special entry for perfume). Figure botol2 isian perfume pun unik.




Kemudian kami berpeluang melawat papyrus institute. Apa itu papyrus? Papyrus ini sejenis pokok yang batangnya diproses untuk membuat helaian kertas pada zaman dulu2. Sempat juga di galeri papyrus ini, kami melihat bagaimana papyrus dibuat, belajar mengerti makna disebalik lukisan dan mengenali huruf dan symbol (hieroglyphic characters). Kami turut abadikan symbol nama kami pada lukisan atas papyrus yang kami beli sebagai kenangan.


Sambung perjalanan ke kawasan Memphis. Ia terletak diluar pinggiran daerah giza hampir 15km jaraknya dan memakan masa hamper ½ jam untuk kesana. Kenapa ia penting?? The ruins of Memphis at the edge of the western dessert, egypt’s first capital until the end of the kingdom and the most important cities throughout the history of ancient Egypt. Tengok saja betapa besar monumen alabaster Ramses II.


Berdekatan kerajaan Memphis, kami meneruskan lagi perjalanan ke Sakkara pula, the city of the dead with the famous step pyramid of Djosser. Sebelum balik, kami sempat singgah di carpet factory yang memang cukup terkenal di kawasan2 itu. Anak2 kampung memang di latih dan siap ada school of carpet. Kami berpeluang melihat bagaimana karpet dibuat dan aku turut mencuba menganyamnya. Memang cantik2 belaka dan mengugat iman sungguh. Kilang itu turut mempunyai showroom untuk mereka yang berminat membelinya tapi rasanya harga agak mahal juga.

Kami balik semula ke hotel 5.30 petang. Terasa penat..penat dek kerana jetlag dan kurang tidur malam sebelum tu. Ingatkan malam tu nak jalan2 kawasan sekitarnya..tapi rupa2nya kami terlelap dari petang dan tersedar hampir 10 malam. Sudahnya kami hanya supper di bilik sahaja.

0 comments: