Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, July 2, 2008

Bumi Firaun II

Day 2 : Kami ke Bandar Alexandria pula. Seawal 7.00 pagi kami telahpun bertolak memandangkan perjalanan darat ‘highway’ selama 3 jam untuk kesana. Sepanjang perjalanan ke Iskandariah/Alex di lihat terdapat pembangunan yang pesat dimana banyak bangunan moden dan baru sedang dibina. Bandar kedua mesir ini telah dimajukan oleh Alexandria the Great. Rata2 ciri senibina Roman pada bangunan2 di bandar yang terletak mengadap laut ini masih dikekalkan dan keadaan suhu cuacanya yang santai seolah-olah merasa diri kita berada di Negara Mediterranean. Di mesir, bandar ini kini cukup terkenal dengan pelabuhannya dan seaside resort dan sering menjadi tumpuan orang ramai bercuti ke sini pada musim 'summer'.

Di tengah2 Bandar Alex ini ada kereta kuda untuk membawa bersiar2 dan ‘tram’ untuk dinaiki. Tak kusangka ketika ku sibuk mengambil gambar tram itu, driver tram tersebut sanggup memberhentikan tramnya untuk beri peluang lebih dekat. Sesudah tu berbalas lambain tangan mengucapkan terima kasih. Suasana Mediterranean ini menyebabkan begitu banyak cafe2 terbuka menghadap laut dan rata-rata mereka akan duduk minum chai(tea), kahwah(kopi) mahupun sisha diwaktu petang. Beberapa tempat bersejarah yang kami lawati di sini seperti Catacombs of Kom EL-Shokafa, di mana ia merupakan kawasan perkuburan kerabat diraja bawah tanah yang dijumpai dibina pada 1st century A.D and uncovered in the late 1950 (ambil gambar x dibenarkan).
Kemudian kami dibawa melawat ke Pompey’s Pillar. Kawasan ini terletak di ‘serapeum’, dimana tapak kawasan ini adalah the main temple of the ancient city. Pillar tersebut diperbuat dari aswan rose granite. Selepas itu kami sambung ke Citadel of Qaitbey fort yang menghadap laut mediteranean. Kami turut bersiar2 menikmati keindahan lautnya yang biru dan tenang serta melihat panorama Bandar Alexandria yang cantik sekali. Kalau ke Bandar Alex ini tidak lengkap rasanya jika tidak menikmati makanan lautnya. Kami menikmati makan tengah hari ‘seafood’ dengan gaya masakan Egyptian dihidangkan dengan deretan pelbagai ‘starter’ dan makanan utamanya ikan bakar special dan nasi nubian yang nyum..nyum sedap sekali.
Akhir sekali kami berkesempatan melawat Library of Alexandria. Library 11 tingkat ini boleh menempatkan 8 juta buah buku dan mempunyai ruang bacaan yang memuatkan 2,500 'scholars'.Bangunan ini turut menempatkan institut pemuliharaan buku2 antik, library kanak2, sekolah sains informasi dan bilik meeting dan conference.

Kami balik pulang ke hotel pada 6.00 petang. Pada sebelah malamnya kami memilih untuk Nile cruise Dinner. Kapal Cruise ini belayar menyusuri sungai nil di tengah bandar cairo selama 2 jam sambil menikmati keindahan suasana malam. Sungguh romantisnya. Ketika menikmati makan malam, kami turut dihiburkan dengan live band, belly dancing dan turban dance.

0 comments: