Day 5 : Pada 7 pagi semua orang bersiap sedia untuk keluar dari kapal termasuk kami. Destinasi seterusnya Kom Ombo. Situated on a small hill overlooking the nile. Hanyalah 5 minit berjalan kaki dari kapal. Di sini, kami melihat unification of two adjacent temples, each dedicated to a distinct divinity: the crocodile-headed sobek, god of fertility and creator of the world, and Haroeris or the ancient falcon-headed horus, the solar war god. Consequently the temple was called both ‘house of crocodile’ and ‘castle of the falcon’.






Setelah se jam lebih berada di situ, kami di arah kembali semula ke kapal kerana kapal akan menyambung pelayaran semula jam 8.30 pagi. Setelah itu, kami terus ke tempat breakfast dan kapal telah mula belayar untuk menuju ke Edfu. Pelayaran ini memakan masa selama 4 jam. Setelah breakfast, masing2 naik atas deck kapal untuk mencari spot duduk bagi melihat panorama. Sepanjang menyusuri sungai nil, di hidangkan dengan panorama kehijauan, padang pasir, perkampungan dan kapal2 pelayaran. Sesekali ternampak lintasan keretapi di lerengan padang pasir itu. Cukup menarik pengalaman ini kami rasakan sehinggakan kulit kami turut bertukar color..:P. Seperti biasa minah2 dan mat2 salleh ambil kesempatan berbikini berjemur di atas deck kapal menerima kebahangan suhu panas itu. Kapal kami berlabuh di Edfu lebih kurang 12.30 tengah hari.






Di pekan Edfu kami di bawa menaiki kereta kuda ke tempat lawati , Temple of falcon headed god horus..the best preserved temple in egypt. Jam 2 petang selesai sudah lawatan dan balik semula ke kapal dan menikmati lunch.


Kapal menyambung pelayaran ke Luxor melalui Esna. Esna ini terletak di antara Aswan dan Luxor. Ketika berada di Esna petang itu, kami dapat menyaksikan Esna lock di gate empangan kerana paras air sungai nil yang tidak sama. Tak tahan panas duduk di atas, beralih balik ke kabin kami yang turut mempunyai tingkap yang luas seakan sliding door. Duduk di bilik pun memadai di sepanjang menyusuri sungai nil ke upper egypt kali ini, selain pemandangan biasa di kanan kiri sungai, kini giliran menyaksikan sunset pula. Kapal kami berlabuh tiba di Bandar Luxor dan bermalam di situ.











0 comments:
Post a Comment