Day 7 - Kami pulang semula di hotel kami di Cairo. Kali ini tiada sebarang lawatan..aktiviti bebas. Kami lebih senang memilih untuk berehat dan bersantai di sini. Ingat tak 1st day tak sempat nak round2 giza, ini lah masanya.
Day 8 - Last day kami di mesir. kami check-out hotel kul 2 petang. Memandangkan flight kami 11.00 malam itu, jadi kami mengisi masa yang terluang dengan last minute shopping2,lepak2 n makan2 di shopping complexs moden terbesar di Mesir, City Star. Pukul 7 malam kami di hantar ke airport yang hanya 1/2 jam dari situ. Explorer ini cukup meninggalkan kenangan yang manis buat kami. Begitu banyak kesan peninggalan sejarah di negara ini masih belum habis diterokai. Sesungguhnya negara ini amat menjaga sektor pelancongannya dan sektor inilah yang telah menjadi no.1 sumber pendapatan bagi mereka.



Jika ada rezeki, Insyallah ingin lagi ke bumi firaun untuk expedisi explorer di kawasan lain pula. Ma'a Salama n illa liqa.








1 comments:
Cantik gmbr hang kat Bumi Firaun?Sakan pnya mkn angin....
Post a Comment