Arrr...arr..achummm..achummm..excuse me..tengah bersihkan habuk blog ni. Baru sebulan tinggal dah habuk tebal seinci. Bukan aja blog..rumah kami pun lagi berganda2 habuk gak. Pokok2 bunga dan rumput dah mula menguning nak layu. Aduhaii tu yang sibuk jalankan operasi pemutihan dan penyegaran semula.
Kemana kami ?? Sebenarnya sekarang ni tiba musim panas kat yaman. Kalau di yaman, time2 musim panas ni semua orang sibuk bercuti balik ke negara masing2 atau gi makan angin ke lain negara tapi kami amik kesempatan balik cuti2 malaysia. Sebulan bercuti rasa sekejap sangat. Masa kat malaya sakan kami jumpa sanak sedara, berjalan,shoppin dan makan2 ke sana kemari. Pulak tu ada musim buah2an kat kampung tengah lebat menjadi..durian(faveret), rambutan, manggis, cempedak dan pulasan..adoiii tambah gemokk jadinya aku. Balik ke sini je mesin timbang berat dikejar dulu..berat badan naik 4 kilo ko..mak aii. Tapi memang syiok dan puas sungguh rasa ..tu pasal walau hujan emas di negara orang, negara sendiri lagi manyak syiokk taooo. Tambah manis dengan hadiri majlis kenduri pertunangan sepupu aku di kampung nenek, ohh..la.la.la..terasa terubat rindu sekian lama tak join majlis kenduri bersuasana kampung.
Percutian kami..
1. Port Dickson, Negeri Sembilan
Bukan kami tak pernah gi PD ni..tapi kali ni nak merasa stay pulak 2D1N di water chalet Avillion Resort bersama family hubby. Resort ni memang cantik tao dan rugi kalau tak menikmati keindahannya. Tambah seronok dapat merasai pengalaman bersama haiwan2 peliharaan jinak resort ini.
2. Desaru, Kota Tinggi, Johor
Kali ni ke desaru pula dengan FAMA aku pulak. 1 jam++ juga perjalanan dari umah mak aku melalui jalan bandar kulai ke daerah kota tinggi ini. Kami hanya balik hari je memandangkan petang tu kami ada agenda lain pula. Air pantai desaru bersih tapi awas ! ombak yang kuat dan besar. Suatu ketika dulu, desaru ini cantik dan terkenal satu destinasi pelancongan tapi sekarang ini, sayang sekali infrastrukturnya agak kurang terjaga dan keindahan kawasan pantai ini masih banyak perlu di tingkatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong ke sana. Bandar kota tinggi juga telah banyak mengalami perubahan.
3. Tanjung Balai..Pulau Karimun, Indonesia
Aku ikut menyelit group rombongan cikgu-cikgi. Adalah dalam 15 orang. Dari jeti kukup ke t.balai ini cuma 45 minit aja by feri. Aku rasa kalau ke berjalan kemana2 tanah seberang ini lebih baik dalam group dari gi sendiri..bukan apa tak de lah dok terkena asyik2 diminta duit 'tips' n taxs itu ini di pintu masuk. Apa nak buat..orang malaya kan terkenal ngan sikap kuat bershopping di mana2 sahaja...hehehe..T.balai ini agak bersih pekannya..dan mmg terkenal org malaya kuar masuk harian di situ sampaikan urusan jual beli boleh bayar ngan duit RM aja tanpa menukar wang rupiah. Barang branded pun ada dijual dan harganya agak murah. Dan akhir sebelum balik kalau ke tanah seberang x sah kalau tak merasa makan nasi padang, buah salak, gado2 dan bakso. trademark makanan indon tu..Sedap juga..cubalahh..
Akhir Kalam..
balik time dah tiba..ishh..malas nak pack barang dan kemas beg..andddddd nak balik kesini semula. Seperti biasa juga satu beg yang dulu datang penuh dengan sourvenir kini berisi barangan keperluan makanan 'made in malaysia' yang tidak terdapat di sini. Buat stock !!
One more thing..di sebabkan banyak urusan dan kesuntukan masa, tak dapek nak bersua jumpa dan bercontact ngan kekawan sumer. Maaplah yea di pinta dan jangan sampai ada yang berkecil hati taoo. Di lain waktu, insyallah kita akan berjumpa nanti.
(pics2 yang lain akan dimasukkan nanti ).




1 comments:
Salam... Nie yg aku marah nie,blk mesia tak bgtau...MARAH benar nie....
Post a Comment