
Tanggal 27 Ogos 08, kami menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke 51 disini. Majlis sambutan kali ini diadakan lebih awal dari tahun2 sebelumnya memandangkan Yaman akan menyambut puasa pula yang akan jatuh pada 1 sept 08. Majlis cukup meriah sekali dengan kehadiran 200++ para tetamu antarabangsa dan bentangan laut pelbagai makanan yang banyak sekali. Kami 'ladies' pun turut menyumbangkan beberapa makanan malaysia seperti bihun goreng, satay dan kuih muih.

Sate..sate..marilah kita makan sate..
Segala persiapan sambutan diadakan di hotel Sheba,Sana'a. Majlis bermula seawal 7.30 malam dan berakhir 9.30 malam. Dekorasi hiasan ala patriotik Malaysia cukup cantik dan nyanyian negaraku telah berkumandang pada malam itu menaikkan semangat lagi kebangsaan anak2 perantauan Malaysia. Kami berbangga menjadi anak Malaysia.
Inilah barisan kiter..orang2 kuat Malasie
0 comments:
Post a Comment