Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, September 30, 2008

Ohh..Raya

1 syawal jatuh pada 30hb september 2008. Kami dapat tahu pun pada malam ke-29 melalui paparan teks arab di kaca tv. Seperti yang dijangkakan. Nampaknya kami beraya awal dari orang Malaysia. Pada malam nak raya di sini tiada kedengaran takbir raya di masjid2. Cukup sepi di masjid tapi meriah di supermarket!!! 'Arabs' sibuk memborong berkilo2 segala jenis kekacang dan biskut2 raya untuk hidangan di pagi raya.

Ini untuk kali ke-5 kami beraya diperantauan. Tapi tahun ini lah pengalaman raya paling tak seronok ku rasakan di perantauan. Atas sebab ada urusan negara, suami terpaksa berpergian outstation ke afrika pada malam raya buat seminggu. Aduhaii cukup terasa hambar dan syahdu sekali..sudahlah berjauhan dengan keluarga di Malaysia inikan pula tinggal keseorangan di hari raya..'berkhidmat untuk negara'..inilah pengorbanannya yang kami kena sedia tempuhi. Sebelum dia pergi, kami bermaafan2 dan berbalas ucapan raya.

Baju raya?? emm semuanya sudah digosok tapi digantung semula dalam wardrobe saja..tugasan memasak raya pula terpaksa di tunda 'last minute'. Sempat juga ayam2ku sudah defrost diluar..emm kena masuk freezer balik gamaknya. bebawang dah siap dipotong..alamak kena guna dan ganti balik kendian ni sementara tunggu majlis raya. Bila tarikh??..hari raya keberapa, masih samar dan tiada kepastian....tak pe la..saya kan menurut perintah..hehehe

Mungkin rezeki raya dan simpati kekawan2 di sini, mereka mengajak gi semayang dan beraya bersama esoknya and siap offer berjemput berhantar kereta, pada awalnya tak de mood langsung nak gi beraya tapi kalau duduk umah sorang2 pun menambahkan kebosanan juga..HALOOO..HALOOO..MDM EDZA(cam onni..citer ezora je nama tu..ahaks). WAKE UP AND THINKIN +VE, PLEASE. Tugas pertamaku di hari raya buat 'morning call' ucapan raya dan bermaaf2an dengan keluarga di malaysia..terdengar riuh rendah di rumah, semua telah berkumpul sama, anak2 sedaraku sibuk gak nak bercakap sama dan bertanyakan hal ku..ala cutenyaa dan ku tumpang seronok mendengar keletah2 mereka. Selepas tu baru lah mulakan misi beraya. Disibukkan ku beraya ke sana kemari tak sedar 1 syawal dah habis hari ni. Apa agaknya akan ku buat pada hari2 raya seterusnya??? (nak taoo citer,tunggu next posting ok!!)

Sekali lagi terima kasih di atas semua jemputan raya pada hari ini. Tak lupa juga sms2 ucapan raya yang dihantar dari kekawan di malaysia.

0 comments: