Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, September 11, 2008

Puasa di tanah arab

Diam tak diam, rupanya sudah 11 hari kita berpuasa. Waktu berbuka di sini seawal 6.20 petang dan sahur pula 4.30 pagi. Sudah pastinya di bulan ramadhan ini segala akviti akan menjadi up-side down...bertukar dari siang ke malam. Itulah budayanya..meriah diwaktu malam. nak tak nak kena lah kita mengikut rentak mereka. Mari kita tengok serba sedikit apa mereka buat...

Sebelum bulan ramadhan
1. Orang arab akan sibuk membeli belah di supermarket dalam kuantiti yang banyak membeli segala macam barang makanan dan keperluan dapur macam seolah2 supermarket akan tutup.
2. Harga barang akan mula naik berganda lagi.
3. Supermarket akan mengadakan jualan murah sempena ramadhan.
4. Pengumuman puasa hanya diketahui melalui warta berita selepas jam 9.00 malam

Semasa bulan ramadhan
1. Tiada pasar ramadhan.
2. Pejabat2 kerajaan yaman pula dibuka dari 10 a.m hingga 3 p.m je.
3. Kedai-kedai pulak beroperasi dari kul 1 p.m - 4 p.m. Lepas tu buka balik 9 p.m - 1 a.m
4. Pasar ikan dibuka tengah hari selepas zuhur.
5. Arab2 ni suka berbuka puasa bersama famili di rumah berbanding makan2 di luar.
6. 1/2-1 jam sebelum waktu berbuka, waktu paling 'jammed' kat semua jalan. Accident kerap berlaku kerana masing2 berpusu2 nak rebut2 balik rumah.
7. Kebiasaanya orang arab akan tidur hanya lepas subuh dan bangun lepas zohor.
8. Segala aktiviti berjalan di waktu malam, cam angkut sampah, betulkan segala pertukangan dan binaan rumah, jual gas dan sebagainya.
9. Majlis berbuka puasa biasanya hanya menjemput orang lelaki saja. Juadah berbuka mesti dimulai dengan kurma dan samosa.
10. Tarawih di masjid biasanya dipenuhi orang lelaki. Manakala orang perempuan hanya bertarawih dirumah sahaja.

Selepas bulan ramadhan
1. Apa lagi rayalah. Tapi bagi mereka tidak menyambut secara besar-besaran pun raya aidil fitri ini...sederhana sahaja berbanding raya haji nanti.
2. Ofis ditutup 3-4 hari sahaja
3. Musim raya aidil fitri lebih suka disambut dengan pergi berpiknik, berjalan2 dan mandi manda di pantai.

0 comments: