Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, September 21, 2008

Umrah Vs Puasa

Alhamdulilah kami baru balik dari mengerjakan umrah di tanah suci. Syukur ke hadrat illahi kerana di jemput menjadi tetamunya buat kali ke-2 di bulan ramadan ini. Di bulan puasa, orang ramai berebut2 mengambil kesempatan berpuasa di tanah haram. Semakin hari semakin penuh lautan manusia dan hotel pun semakin 'demand'. Berubah harga setiap minggu dan berganda2 naik. Tanah haram juga mengalami perubahan dengan pembesaran kawasan masjidil haram. Habis kawasan 'shamia' gondol dan di ratakan..entah bila akan siap. Walaupun hotel terhad dan cuaca yang agak panas waktu ini tidak menjadi batu penghalang umat islam terus datang mengunjungi tanah haram ini. Pelbagai gaya, perangai dan telatah manusia dengan berniatkan satu saje untuk mendapat kerahmatan fadilat allah s.w.t

nampak x kawasan lapang tu..shamia area

Apabila tiba waktu berbuka, pastinya setiap jemaah akan disedekahkan pelbagai jenis dan bentuk kurma. Bila di kumpul2..banyak juga sehinggakan boleh 'tapau' lagi. Sesungguhnya sembahyang terawih yang paling tidak dapat dilupakan dengan alunan lunak suara imam membaca surah hampir 1 juzuk setiap malam. Selesai solat, habis bertaburan dan pastinya malam ramadan tampak lebih meriah cam pesta dari malam2 biasa.

Kedai2 pula di buka lepas isya sehingga 4 pagi. Sekarang dah ada restoran F'Dsaji dan hotel royal orchid(managed by malaysian) di tanah haram. Betul2 didepan masjidil haram iaitu dalam safwah tower. Lepas ni orang2 malaya bolehlah pekena teh tarik, ABC, nasi lemak, bihun goreng dan etc kalau terasa rindu masakan malaysia di mekah nanti.

0 comments: