Ingat tak sambutan majlis raya yang akan diadakan pada entry sebelumnya !!! di rumah saya?? bukan..NO..NO..NOO. Majlis ini di adakan di Residence Duta Besar Malaysia di Yaman. Memang majlis raya anjuran kedutaan ini sering ditunggu2. Kebiasaannya ia diadakan pada pagi 1 syawal setiap tahun tapi tahun ni 1+0 = 10 syawal petang. Rakyat Malaysia di Yaman berkumpul bersama meraikannya, lebih 150 orang yang datang beraya terdiri dari mereka yang belajar, bekerja dan telah menetap di sini. Itu tak semua yang datang kerana ramai diantaranya pulang beraya di Malaysia.
Menu raya kali ni : nasi minyak, ayam masak merah, dalca daging, acar rampai, nasi impit, kuah kacang dan beberapa manisan. Tugasan saya memasak nasi minyak 4kg, ayam masak merah 12 ekor dan kuah kacang 3 kg. Ini hanya sebahagian, wife org lain pun kena masak jugak..tong..tong bagi2 tugasan laa..Saper kata saya terror masak?? tak lah tapi dah tugas, nak tak nak kena buat ,lepas tu blaja amik tahu dan wajib tahu. Buat research skit2..Hantam jer laa kuantiti bumbu2nya dan yang pasti CONFIDENT kena adaa. Esoknya selesai sudah majlis., haaaaaaa..amik ko sakit pinggang n lenguh kaki. Naik domam dibuatnya. Sowang2 buat nasib baik hubby dan balik pada 6 syawal, dapatlah turut membantu.

Kemeriahan raya di perantauan tidak sama dan amat bersederhana sekali. Kira masih bernasib baik hijrah di tanah arab kerana penduduknya beragama islam dan turut menyambutnya.Untuk meriah, anak2 perantau akan cuba bersatu, berkumpul memecah keheningan suasana raya tu dengan mengenakan baju melayu, baju raya yang kadangkala bukannya baju baru, berulang kali memakainya, sembahyang raya, memasang CD lagu raya, buat biskut raya, bukak rumah (open house) dan duit raya bebudak bagi mewujudkan aura raya orang Malaysia beraya tapi tidaklah sehingga sebulan beraya di sini. Terasa malu pulak ngan org arab...kang si Arab's ni ingat orang malaysia ni berlebih2 asyikk menyambut raya berbanding sambutan bulan ramadhan. dah budaya orang kita cam tu kann.
Ada yang dah bertanya kami bila nak buat 'Open house' tahun ni.. tengoklah dulu cam ne. Insyallah kami akan cuba tapi tak janji taooo..mungkinkah ini tahun terakhir kami beraya di yaman !! nak jawapannya..TUNGGGGGGGGGUUU..

0 comments:
Post a Comment