Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, October 27, 2008

Melabur duit

Semalam aku menemani wife'A' pergi jalan-jalan cuci2 mata. Katanya nak beli barang sikit untuk dibawa balik bercuti ke Malaysia. Seawal 10 pagi kami dah meredah berjalan. Memula kami ke kota lama Sana'a iaitu Bab Al Yaman. Ramai pulak orang hari ni. Agaknya masing2 dah dapat gaji..membeli barang keperluan.Di dalam kota inilah selain ia sebagai tempat bersejarah turut dijadikan tarikan pelancongan ianya juga syurga barang2 sourvenir yaman. Dari sekecil kedai menjual barangan secara runcit sehinggalah kepada pemborong. Bila di lihat pada barangan, tiada tag -harga diletakkan. Oleh itu pekedai boleh letak harga sesuka hati mereka. Makin merancakkan lagi bila expatriate yang ingin beli barangan tadi..di 'mark-up' kan pulak. Nasib baiklah kami dah lama tinggal disini, dapatlah tahu serba skit taktic2 'kotor' mereka ini...jadi proses tawar menawar masih berjalan lancar lagi. Mereka masih beri diskaun pada kami. Ada juga yang mengatakan kalau nak dapat harga serendah menyamai orang yamani, kenalah berpakaian ala pompuan yamani, memakai abaya hitam dan niqab (menutup muka dan menampakkan dua pasang mata..tak kuasa aku !!!). Lepas tu kenalah bercakap slanga bahasa pasar arab.

Hasil rembatan ku di Jamal street

Hampir 2 jam kami di situ, kemudian menyambung shopping ke Jamal street pula. Ini pun satu lagi tempat untuk bershopping. Biasanya tempat shopping ini untuk perempuan kerana rata2 kebanyakkan barangan yang dijual untuk wanita. Nak beli abaya, jubah, tudung, barang kemas perhiasan, kain baju, kain pasang, kasut dan macam2 lagi laa. Kalau di Malaysia seumpama jalan TAR dan masjid India. Disini kami melabur duit lagi membeli jubah moden..made in Syria dan Saudi Arabia.hehehe..baru dapat elaun 'home manager'.Jubah ini penuh sulam, berlabuci dan bermanik2. Kat kedai tu, rambang mataku memilihnya..memang glamer habis kalau dipakai. Saiz kecil memang tak ada , kalau adapun cuma saiz M itu pun ikut 'luck' laa..tapi saiz L, XL, XXL memang banyak. Inilah tarikan fesyen jubah terkini di yaman di samping abaya hitam yang masih menjadi trademark pakaian mereka. Mana tahu kat malaysia nanti ada orang nak invite pergi dinner, theme 'arabian night (ala majlis resepsi kawin mawi kan kat POGH )..bolehlah ku melaram dengan jubah 'liplap' ni..hahahahaha..berangan lebih je haku nih !!

3 comments:

elle labelle said...

wah glamer mu mak ngah... mmg rambang mata semua cun! ku berkenan yg oren tu! Muahahahaaaa....

Edza said...

nanti aku belikan ok..prezent for u laa.hehehe

ana muslim said...
This comment has been removed by the author.