Musim sejuk dah bermula di Sana'a. Jangan tak caya tanah arab sejokk !! Dolu2 blaja geografi ingat tanah arab nih cuma panas berdengung ngan sahara aja..tapi rupanya ada gak 'winter' drastiknya. Sememangnya kalau berjalan2 di luar kota dimusim ini amat sesuai sekali kerana tempias musim sejuk ini terbawa2 ke wilayah2 lain Yaman yg biasanya panas 30-50 C, akan turut bertukar menjadi suam2 kuku dan sedap2 gitu cuacanya.
2 minggu lepas, kebetulan suami ada kerja di Aden,dia mengajakku ikut sama. Aku pun tak lepas kan peluang..sekurang2nya dapatlah aku melarikan diri sekejap dari kesejukkan. Hampir seminggu jua kami di sana. Suami sibuk kerja..daku hanya makan tido berjalan dan bersantai saja. Kami menginap di hotel sheraton, lokasinya yang strategik mengadap laut. Sesuai banget untuk aku. Setiap kali aku duduk bersantai di tepian pantai seorang diri..hembusan angin tepian laut, lambaian daun pokok kelapa, mainan alunan muzik membuatkan aku sering terlena di kerusi malas..chewah madah berhelah aku.
Di hotel kami, terjumpa pula beberapa anak kapal TLDM dan TUDM Msia turut sama menginap disini. Semasa kami tengah ber'breakfast', terserempak dan berbual seketika dengan CAPT TLDM. Beliau baik hati telah mempelawa kami untuk melawat ke kapalnya dan 'lunch' bersama. Emm nih peluang bagus..dapatlah aku merasai naik kapal laut malaysia buat pertama kalinya. Kapal mahawangsa ini antara kapal laut malaysia yang telah terlibat sama dalam menguruskan kes l***n di Somalia..ingat tak?? Kapal ini telah berlabuh 4 hari di pelabuhan Aden untuk mengisi minyak sementara meneruskan perjalanan pulang ke tanahair. Paling membanggakan aku dalam seramai 400 anak kapal ni, terselit satu2 nya anak kapal wanita,berpangkat juga orangnya..hebatkan ! Dialah yang bawa kami round2 kapal ni dan explain a little bit abt the ship. Terasa cam lawatan sambil belajar pun ada..hahahaha.
Dah selesai segala kerja suami, tibalah masanya untuk balik dengan mcm2 kenangan di Aden. On the way balik kami singgah di Lahj, beli manisan popular di deretan kedai tepi jalan sebagai buah tangan. Sambil mencubit rasa pilihan, tokei kedai tu siap bagi kami masuk ke dapur tengok proses buat manisan tu dan merasa manisan yang panas2 baru angkat dari dapur.. Paling lucunya tukang masak siap offer kami amik gambar mereka tengah mengodek2 gaya dodol dia tu..kamipun ambil la..bagilah kredit skit kat dier kann..dah cuba macam2 manisan, kenalah balance dengan minum 'kahwah'- kopi yaman berperisa pelaga..barulah lengkap lega rasanya. Sememangnya rugi kalau tidak bawa pulang manisan itu kerana ianya tiada dijual di sana'a dan pastinya ia sesuatu yang special.
Akhirnya, alhamdulilah kami selamat tiba pulang ke rumah setelah menempuh 7 jam perjalanan balik yang lurus dan bengkok lingkaran gunung ganang itu. Masuklah kami balik duduk dalam peti sejuk Sana'a ini.




0 comments:
Post a Comment