Hari ini saya telah meninggalkan bumi yaman dengan penuh kenangan dan pelbagai kisah suka duka, pahit manis dan pengalaman hidup selama 4 tahun lebih bermaustatin di negara orang. Sudah pastinya memori ini tersemat di hati saya dan suami. Tika saya menulis blog ini sewaktu saya sedang transit di 'business lounge' di dubai international airport sementara menunggu flight seterusnya. Ermm meh lihat perjalanan kami dari :
3hb Feb : Sanaa(10 a.m) --------------- Dubai (12.30 p.m/1.30p.m)
3hb Feb :Dubai (8.00 p.m)--------------- Singapore (4hb Feb -7.55 a.m)
4hb Feb :Singapore (10.05 a.m) ----------- 'Tooot' (12.30 p.m)
Negara baru..benua baru..sudah pastinya pengalaman pun baru. Tarikh perpindahan special yang kebetulan jatuh sama pada 4hb feb pada tahun ini juga sebagai hadiah 'wedding anniversary' kami. Semoga Allah memberkati rumah tangga kami, dilimpahkan dengan penuh kebahagian,kasih sayang dan jodoh berkekalan sepanjang hayat, di murahkan rezeki dan dikurniakan zuriat buat kami.
Maaf buat kekawan yang mungkin nanti saya agak sukar untuk update blog, tidak balas sms, ber YM dan ber emel dalam 1-2 bulan nanti memandangkan komputer saya dalam perjalanan kontena kami yang sedang berlayar di atas laut merah dan china selatan. Harap bersabar yeaa..
Nantikan episod baru di musim baru ini..
Bye-bye Yemen and Hi..Hi..




0 comments:
Post a Comment