Kalau ke vietnam kita kena cari dan mengenali siapakah itu Ho Chi Minh yang sering disebut2 dan menjadi lambang kebanggaan mereka. Beliau ini begitu penting dan bermakna sekali dalam hidup orang-orang vietnam. Tugu peringatan atas jasa beliau turut diabadikan iaitu 'Mausoleum Ho Chi Minh' di Ba dinh Square. Didalamnya ada satu lagi tarikan pelancong di mana dapat melihat jasad beliau diawetkan untuk tontotan pengunjung. Pepagi seawal 7.00 pagi orang ramai dah beratur panjang di dataran ini dan lawatan ini dibenarkan sehingga 11.00 pagi sahaja. kalau di waktu petang, dataran ini dijadikan tempat beriadah dan berjogging orang ramai .Tidak berapa jauh dari dataran mausoleum ini, 5 minit berjalan kaki pula sampai kita ke muzium ho chin minh. Muzium ini pula menempahkan kisah hidup dan perjuangannya.
Setelah habis melawat muzium ini jangan lupa menyinggah ke sebuah kuil Buddha lama bersejarah yang terletak dalam taman di belakang muzium ini. Ianya dikenali sebagai 'one pillar pagoda'. Napa ia perlu dilawati..apa kisah disebaliknya..ini sebenarnya .. klik
Saya baru cerita tempat tarikan di sebelah bahu kiri. Ada 2 lokasi tarikan pengunjung yang terletak di bahu kanan.Nantikan cerita seterusnya..




0 comments:
Post a Comment