Hampir sebulan kami disini. Selama itu jugak le aku sibuk berjalan di bandar hanoi mengenal tempat dan kedai bersama seangkatan 'home manager' yang lain...hehehehe. Terima kasih le wahai kawan2ku .. memang welcoming abis kat aku dan duitpun mengalir laju macam air. Aku menganggap itu sebagai modal permulaan.Bisnes minded pulak dah aku. Dengan semangat berkobar2, tiap hari kami kuar bersama kecuali weekend (special day jalan ngan hubby plak)..setiap kedai yang kami singgah pasti business card diminta. Banyak dah aku kumpul..ala2 winter collection..Memang Penting taoo !!! bagi orang2 yang tak reti berbahasa vietnam macam aku nih hah. Nasib baiklah teksi banyak disini agak senang dapat. Kalau malas dan tak reti nak explain nama tempat tu pada driver cukuplah dengan menunjuk business card tu..tapi awas yea tak semua teksi boleh dipercayai.Walaupun bermeter tapi ada yang menipu mengetuk. Antara teksi yang OK dipercayai dan biasa aku naik seperti (Hanoi Taxi, Mailingh Taxi dan CP Taxi).
(ikut pusingan jam : buffalo horn bag(RM50),embrodiery shoes-x ingat, beaded bag(RM26)
Masa kami berjalan2 window shopping, mataku terbuntang dan berpinar dengan pelbagai barangan hanoi..adussss cantik2 dan harga pun berpatutan. Speciality utama diorang ini dengan jahitan 'embrodiery' ,vietnam silk dan macam2 lagi. Boleh bayar USD mahupun Vietnam Dong. Dalam cubaaan aku berpuasa membeli dan 'malu2 rimau' akhirnya aku tertewas dengan godaan itu. Rela dalam Keterpaksaan...hahahaha..kalau dah nama pompuan tu, pasti nak beli skit kan..Korang tergoncang iman tak ??? Ini baru baby 1 month..kalu 1,2,3 and 4 yr..mahu aku kena banyak2 berpuasa macam ni..ciann poket laki aku..




0 comments:
Post a Comment